Wednesday, December 17, 2014

MPB's Event

Assalamualaikum.....

Post throwback selama lebih kurang lapan bulan kerja dekat Magna Prima Berhad. Alhamdulillah selama lapan bulan kerja dekat company ni nampak gaya macam sesuai dengan jiwa sebab environment kena dengan jiwa, bos yang friendly dan baik sangat (yang penting jaga staff dia), kawan-kawan yg best gila! hehehe... Hopefully dapat banyak experience dekat sini since ni la first time masuk developer field. Masuk pulak department property development, so banyak jugak belajar pasal jual beli rumah. Kalau dlu orang tye pasal beli rumah, beli pastu bayar je. Bila da masuk dalam field ni baru tau banyak benda, so senang sikit nanti nak beli property in future.huhu...

Post kali ni nak cerita pasal aktiviti selama kerja dekat company ni. Kebanyakan pasal makan-makan sebab byk majlis perayaan bila hujung hujung tahun hihi... In a short brief jela ye kite cerita, semua summarize kan senang, maklumla takde masa nak tulis blog dah. muahahaha

# throwback (picture overload). ;)

1. Birthday Datuk dan Majlis Sambutan Hari Raya (22 October 2014)

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dekat office, buat sekali dengan birthday Datuk Rahadian. 





Majlis start dengan birthday datuk. May Allah bless.




Friends. :)

Lepas dah nyanyi, potong kek baru boleh makan. Yeayyy.

Amboi kak Ija, happy dapat makan. 




 Alhamdulillah makan free, jimat duit belanja sehari kan. hihi. Lepas makan sesi bergambar la pulak yer satu office.


Magna Prima staff. ;)



Department photo. :) 
Property Development Division.

My bos, Mr Thiru. Bos yang baik. :)





2. Deepavali Celebration (18 November 2014)

Start at 12.30 pm during lunch hour time.





Love. =)

Sempat bergambar dulu sebab datuk still dalam meeting, so sume kelaparan nak tunggu time makan, hihi. Nasib baik catering sedappp. Alhamdulillah. Makan free lagi sehari. ;p

















Photobomb by Abg Izzat.



3. Extraordinary General Meeting (EGM)  (3 December 2014)

Meeting held at Ideal Convention Centre, Selayang, at 10.00am. I kena pergi pun sebab kena assist Secretarial Department, tolong ape yang patot. Nasib dekat dengan rumah, so mintak permission my boss gerak dari rumah je. 9am dah kena ade dekat sana sebab meeting start at 10.00 am.

Registration shareholder before masuk dewan.


Meeting start


Sarah and Erna (Account Dpt)


With my bos, Mr Thiru.




Nasib ada Erna, takde la bosan sgt dtg sini. At least ade geng. huhu..

Selfie sket.

Dah habis bungkus makanan la ape lagi bawak balik office sket. hahahaha. Yang penting dtg meeting sebab makan je ke, ehhh! ;p

Tak banyak mengarut sebab malas, so tgk gambar paham-paham sendiri la yer. hahahaha. Next post Paintball! Yeayyyyy!

See yaaa! Mmuaahhh!







































Tuesday, October 21, 2014

Family Day Office @ Sunway Lagoon

Assalamualaikum semuaa. :)


Semenjak dah dewasa (hahah) nih, msk alam orang orang dah kerja memang mood nak mengarang tu malas sgt plus dah takde idea pun nak tls ape. Tak tau kenapa. -___- I is sad. k k kali nih gagahkan diri jugak upload entry ni utk rujukan masa hadapan, hiks.. Dalam draft banyak lg belum post sejak berbulan bulan yg lepas. sigh!

Hari ahad (28 September 2014), ada family day organised by Magna Sport Club (mcm kelab sukan la dkt office, hehe) . Kali ni  pergi Sunway Lagoon, yuhuuuuu. Igt tak last post ktorang pergi Water Rafting dekat Perak. So ni kira second time I join aktiviti company.

Excited okay sebab mmg dah lama tak masuk Sunway Lagoon ni, Rasanya masa form berapa tah last masuk, sobss. Sekarang umur dah 25. Lamaaa tu. Setakat msk Sunway Pyramid Shopping Mall selalu la,kekeke..

Jom explore Sunway Lagoon!!! :)





Dah start teruja la yer nak basah basah. hahahaha..

Registration start at 9am until 9.30am. Iols sampai 9.20am. Tapi janji melayu biasa la, ada yg sampai lg lambat. -__- So start msk dalam tu almost 10.30am. Staff boleh bawak orang luar, tp kena bayar la sikit. Still berbaloi sebab murah dari harga beli sendiri. Kite bawak adik sorang tu pun last minute plan, (thanks Nazri for last minutes ticket =) ). 

Register dulu okay sebelum boleh turun bawah, heheheh... 


Lepas register, photo session with all group members. Kite rumah kuning yer, dah la baju besar. Sampai dah berapa lama keje kt situ pun still tak boleh tuka size lagi. Wondering when I can get the smaller size shirt. -__-

Photo session by group members. Setiap group ada nama but I cant remember all name (Siap tanye officemate time draft ni sebab malas nak check sendiri). hahaha.
Pink - (Avenger)

My group! Yellow - (Wolverine)

Purple - (Phantom)

Red- (Ironman)

Lambat lagi nak turun so bergambar la memasing yer. :)


Get ready to play. Nak masuk sini ada gelang dia kena pakai. Once dah keluar tak boleh masuk balik dalam ni okay. Kena main sampai puas baru keluar yer.

Before berkumpul, semua orang simpan bag masing-masing dekat loker. Yang kecik RM15 kalau tak salah. Ktorang amek yang besar RM30 so boleh la share tiga orang letak bag memasing. 


Lepas dah briefing semua, baru start games. Sport club punye aktiviti sampai jam 12pm je, lepas tu free time, semua orang boleh pergi main sendiri dalam tu.

First game, get ready untuk game lari dalam kain sarung (taktau nama game ni ape), huhu..


Nasib baik rumah kuning ramai geng best. Shira pun ade (satu department), Yaya (geng badminton), Noris, Nazri, Irsyad, Kak Izan. Kira mostly memang kenal and tak awkward laaa. hehehe.


Dato Raha rumah pink uols. huhu.. 

Lari jgn tak lari,hehehe.

Lepas game kain sarung, game sambut belon pulak. 

Semangat masing-masing.hahaaha.

Dah hbs game mula la masing-masing nak baling belon ngan air kat orang. Larikkkkk! Rasanya masing masing enjoy je kot. :)

Third game main berenang-berenang atas pelampong tanpa guna kaki k.hahahha. Kena tolak guna tangan je supposely. Group mane paling cepat tukar orang ngan hbs awal menang la.


Seronok main air je nih! 

=)

Next game, isi air dalam baldi. Sape penuh cepat dia menang! 





Next game isi air jugak tapi kena guna baldi. Tak boleh guna tangan.




Dah hbs game semua penat betul. :) Tunggu pengumuman pemenang jer nih. Yeay group Kuning menang number dua. (ye ker? hiks)


Yang penting iols menang individual sport women, wahahahahah! Memang tak percaya betul. Alhamdulillah dapat la hadiah dari takde. :)




Lepas tu freedom boleh pegi main game sendiri. Iols terpisah dgn geng yg lain, sedeyyyh! hahaahha. Main extreme games, lepas tu main air siap main ombak lagi. Memang ganaih gila ombak dia sebabnya ombak tu for surfing. Lps orang dah hbs surfing ktorang la pulak main, hehehe.  Memang sampai lemas siap tertanggal tanggal tudung I sebab kuat sangat ombak dia!!!!  Tapi bestttt~~ Yang penting rumah hantu dia tak takot langsung dalam tu, wakaakaka. Lawak ada lah. 

Okay lah, nanti update lagi pasal activity company.

Till meet again, bubyeeee. :)